Jumaat, 9 Disember 2011

REFLEKSI 3 - BM THN 1 Tajuk : Saudara-mara Huda - Kata Nama Khas


PERKARA

TARIKH : 04 MAC 2011                                 HARI : JUMAAT
BAHASA MALAYSIA
TAHUN 1B

MASA : 0200-0300
(1 JAM/2 WAKTU)





UNIT     : 5
TEMA   :  KELUARGA
TAJUK  :   SAUDARA-MARA HUDA – KATA NAMA KHAS

FOKUS UTAMA :
STANDARD KANDUNGAN :
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN :
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut konteks.

dengan betul dan tulisan yang kemas.
FOKUS SAMPINGAN :
STANDARD KANDUNGAN :
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
STANDARD PEMBELAJARAN :
3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.

OBJEKTIF : (Pd akhir p/p  murid-murid dapat )
1.  Memahami dan menggunakan  5 Kata nama khas yang mudah dengan betul.
2. Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas..
AKTIVITI :
1. Membaca dan memahami ayat yang mengandungi kata nama khas..
2. Mengenal pasti kata nama khas dalam ayat.
3. Menyenaraikan kata nama khas yang lain (orang, tempat dan benda - jenama).
4.Latihan – (I)Menyalin ayat tunggal dalam buku tulis.

EMK: Kreativiti dan Inovatif,TMK
PK :
Nilai : Kasih sayang,Hormat- menghormat ,Bersyukur
Ilmu : Pendidikan Moral,Pendidikan Islam,
KBT:
KB : Menghubungkait/Mencirikan. Mengecam,Membuat gambaran mental,Menjana idea
BCB: Mendengar dengan berkesan / Bacaan Intensif
Konstruktivisme: Meneroka
KP: Verbal-linguistik, Bacaan intensif
BBM : Buku Teks- MS 22 ,Kad Perkataan,Benda Maujud,Kad gambar, ICT
Simpulan Bahasa:
TB : Kata nama Khas – Encik Johan,Puan Hawa,Huda, Hana,Ipoh, Proton Saga.
Kosa Kata :  datang, naik

REFLEKSI : Murid dapat  memberi contoh kata nama khas  yang dipelajari.


Refleksi  Pengajaran

Sebelum Pengajaran
Kata nama khas - satu lagi kemahiran tatabahasa yang menjadi masalah kepada murid. Apatah lagi murid Tahun 1 yang baru sahaja mengenal dunia pembelajaran bahasa. Peruntukan masa 1 jam untuk tajuk ini. Pada latihan yang lepas , ramai murid yang tidak dapat menjawabnya. Nampak gayanya mereka belum lagi faham tentang  pengunaannya. Bagaimanakah saya hendak terangkannya kepada murid-murid yang comel ini?  Cari dalam buku, internet dan tanya pada rakan, semua diusahakan. Persediaan mengajar mesti dirancangkan dahulu, kemudian aktiviti pengajaran dan pembelajaran  kemudian buat BBM yang sesuai. Sasarkan objektif.
Mengikut program Linus, kelas ini dikelaskan ‘Perdana’ tetapi masih ada lagi murid yang belum lancar bacaannya.  Nak buat macammana nanti tu?  Laras kebolehan murid yang mempuyai 30 orang ini tidaklah begitu kritikal masih boleh diasahkan lagi tahap kecerdasannya. Cuma dalam konteks bahasa memang sukar sikit sebab ia berlandaskan konsep dan fungsinya. Kalau tak faham betul-betul dan malas membaca dengan intensif, memang tidak akan ada apa-apa perubahannya. Harus bertindak mengikut tahap pembelajaran mereka yang sedia ada.
Semasa Pengajaran
Pelbagai bahan telah saya sediakan untuk memupuk kefahaman murid-murid yang kerdil ini. Biasalah murid-murid Tahun 1, manja betul. Rasa-rasa jadi  ‘emak’ pula. Bagaimana dengan disiplin ? Memang ada yang nakal tetapi…sabarlah sebab murid-murid ini baru ‘setahun jagung’ , perlukan banyak bimbingan dalam pembentukan sahsiah diri. Ikut keperluanlah kalau nak tegur perangai mereka ni. Budak kecil kalau ditegur , tak pandai berdendam. Hari ini kita marah, tegur mereka. Esok hari senyum lagi, macam tidak ada apa-apa yang berlaku, pemaaf pula tu  cilik-cilik ini.
Bila sahaja saya bertanya kepada anak-anak ini, masing-masing rasa tanda tanya. Apa pula yang cikgu hendak ajar hari ini?  Faham ke tidak? Nampak muka ‘ mata kosong’ kasihannya .
Pada permulaan pelajaran , cikgu menerangkan maksud kata nama khas supaya lebih jelas  dan mudah lagi pemahaman mereka. Menggunakan internet http://www.slideshare.net/suzella/kata-nama-am-kata-nama-khas . Murid tertarik dengan penggunaan internet.
Selepas memahami serba sedikit tentang Kata nama khas, murid diarah membaca  dan memahami ayat yang disediakan. Mereka membaca secara individu dan kelas. Hanya beberapa orang murid yang belum lancar betul, bacaannya.  Setelah  itu pembelajaran mengenal pasti ayat yang mengandungi  Kata nama khas daripada bahan yang disediakan ,membantu serba sedikit kekeliruan mereka. Langkah seterusnya ialah murid diminta menyenaraikan perkataan yang mengandungi Kata Nama Khas dan menulis di papan tulis mengikut pemahaman mereka. Melalui contoh-contoh yang dipelajari, kira-kira 8 daripada 10 perkataan yang  tepat jawapannya. 8 orang murid dapat menjawab dan manakala 2 orang murid tersilap jawapannya. Kemudian murid diuji sekali lagi dengan mengelaskan  Kata Nama Khas mengikut kategorinya iaitu nama – orang, tempat dan benda - jenama. Hasil daripada  aktiviti pembelajaran ini, didapati 10 daripada 10 perkataan dapat dijawab dengan tepat.Gembira betul murid-murid ini bila berjaya menjawab dengan jayanya. Senyum lebar tanda kepuasan.
 Bagi menguatkan lagi pengetahuan dan pemahaman murid-murid kecil ini mereka dikehendakki menyalin semula perkataan yang mengandungi Kata Nama Khas ke dalam buku tulis. Semasa sesi ini dijalankan, perlulah dilihat dan dipantau adakah mereka masih bermasalah dalam memahami  kemahiran tatabahasa dan penulisannya. Mengikut pengalaman saya selama 17 tahun menjadi guru, murid yang menghadapi masalah kemahiran ini terdiri daripada tahun 1 hingga  6. Jika tidak diambil serius, murid-murid akan mengalami masalah dalam penulisan ayat tentang penggunaannya. Jika ingin memahaminya mereka perlu rajin membaca, itulah ‘kunci ilmu’ yang paling berkesan dan membuat latihan latih tubi bagi menajamkan lagi pemahaman mereka.
Selepas Pengajaran
Apabila  selesai  sesi pengajaran dijalankan, saya dapati  segala perancangan yang dilakukan dapat memberikan ‘ buah hasil’ yang memuaskan. Pelaksanaan dilaksanakan tanpa banyak masalah disiplin. Aktiviti dijalankan dengan teratur dan lancar.  Pengajaran susulan akan saya rancangkan bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran berkenaan kemahiran ini bagi membantu beberapa orang murid yang belum dapat memahaminya  secara menyeluruh. Bagi membantu mereka saya meletakkan carta berkenaan kata nama khas pada sudut bahan bantu mengajar di dalam kelas Tahun 1 Balsam supaya memudahkan mereka membaca  dengan lebih kerap lagi. Harapan saya, mereka dapat menambahkan pemahaman  selepas ini. Sebelum saya keluar kelas, kelihatan tidak sabar-sabar murid-murid ini membaca dan menatapnya dengan penuh minat.  “Baguslah begitu.” ,bisik saya dalam hati.  

Khamis, 8 Disember 2011

REFLEKSI 2 - BM Tahun 3 - Tajuk : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN kOMUNIKASI


PERKARA

TARIKH : 02   MAC 2011                                   HARI : RABU

BAHASA MALAYSIA
TAHUN 3 D

MASA : 0200-0300
( 1  JAM/ 2 WAKTU)






UNIT     : 3
TEMA   :  MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH SAYA
TAJUK  :   B.  TEKNOLOGI MAKLUMAT

FOKUS UTAMA :
 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras
2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

FOKUS  SAMPINGAN :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras
1 (i) Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik.

OBJEKTIF : (Pd akhir p/p  murid-murid dapat )
1.   Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda
      baca.  (Aras 2(i) )
2.   Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik. (Aras 1 (i) )

AKTIVITI :
1. Membaca teks bacaan berdasarkan penekanan tanda baca.
2. Menyampaikan maklumat berkenaan bahan yang dibaca
3. Membina ayat mudah berdasarkan ayat  tunggal.
4. Latihan –  (1) Membina ayat berdasarkan gambar-gambar dengan tulisan cantik.(BLA – MS 30)
 
SISTEM BAHASA :
Tatabahasa
− Ayat tunggal

Kosa Kata
− monitor,papan kekunci,tetikus,mesin pencetak

Pengisian kurikulum
KBT
− Kemahiran Berfikir (Mengitlak)

Ilmu
− Sains, Teknologi
Nilai
− Bersyukur
    
BBM : BLA - MS 30, lembaran kerja,kad gambar, komputer riba

REFLEKSI : Murid dapat  memahami beberapa ayat tunggal dan tanda baca yang dipelajari.



Refleksi Unit Pengajaran dan Pembelajaran
Sebelum Pengajaran
Tajuk ini memerlukan pengetahuan tentang peralatan teknologi maklumat dan komunikasi. Bagaimanakah hendak menarik minat murid kelas ini? Kelas ini mengandungi 33 orang murid dan diketahui bahawa mereka ini merupakan murid yang lemah dalam pelajaran. Adalah menjadi sesuatu yang mencabar bagi setiap guru untuk menangani disiplin murid kelas ini.  Kelas ini telah saya ajar semenjak mereka dari Tahun 1 lagi hinggalah tahun 3 sekarang. Kalau tidak sabar, memang tidak larat dengan kerenah disiplin dan personaliti mereka yang pelbagai. Latar belakang yang berbeza di antara satu sama lain dan tahap kecerdasan yang pelbagai tetapi lebih banyak yang lemah daripada ‘bijaknya’.  Jika kelas hendak bermula pastinya memakan 5 atau 15 minit untuk mengambil alih perhatian mereka daripada perangai yang tak habis-habis menguji kesabaran guru. Masuk sahaja kelas ada-ada sahaja laporan mereka berkenaan kerenah murid sekelas. Dah macam balai polis pula macam-macam kes yang diajukan.
Tak boleh jadi ni, bila nak mula belajar? Sebagai pendidik, saya dah terbiasa dengan perangai mereka ini, demi menjalankan tanggungjawab semuanya harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Psikologi harus banyak dimainkan bagi mengatasi kemalasan mereka untuk belajar. Tahukah mereka tentang erti kata kepentingan belajar? Kasihan betul saya bila memikirkan mereka, tahun hadapan akan naik tahun 4 pada sesi pagi. Kalau dapat guru yang prihatin, tidaklah mengapa. Tapi kalau dapat guru yang ‘esalehe’- maksudnya selamba je tu apalah yang akan terjadi pada mereka ini. Harap-harap mereka ni boleh ‘hidup’ lagi kan.
Kalau dah naik Tahun 4 – tahap 2, lagi mencabar pelajarannya. Apa nak jadi anak-anak didik ini. Saya tidak kering mulut berpesan supaya mereka terus rajin membaca. Pembacaan mereka bukan semuanya sudah yang’terbaik’. Dari sudut apa pula, seorang guru dapat memahirkan pengetahuan bacaan mereka ini?
Sudah banyak pula persolan yang timbul di minda saya ini. Baiklaha, mula-mula saya akan sediakan Rancangan persediaan mengajar harian yang bersesuaian dengan kemahiran pembelajaran mereka. Mudah difahami dan diikuti mereka. Kalau menggunakan kemahiran yang sukar, petandanya ‘ bagai cinta yang tak kesampaianlah lagunya’.
Penyediaan bahan bantu mengajar akan memainkan peranan yang penting dalam menangani minat mereka ini. Seharusnya penekanan set induksi sehingga langkah terakhir hendaklah menarik tumpuan mereka walaupun sasaran pengajaraan dan pembelajaran ialah terhadap penguasaan tanda baca dalam ayat. Inilah salah satu kemahiran yang mengelirukan pemahaman murid-murid ‘tersayang’. Yalah nak gunakan huruf besar dan kecil pada perkataan dan sekali gus memahami konteks penggunaannya dalam ayat, bukanlah mudah untuk murid-murid yang perlu dibantu ini. Jangan lupa pula kawalan disiplinnya. Bolehkah? Belum cuba ,belum tahu.

Semasa Pengajaran
Kelas pada mulanya,sememangnya sentiasa hingar-bingar dengan celoteh murid-murid yang nakal ini. Walaupun nakal, mereka ni terlampaulah ‘peramah’nya dengan guru.
Kelas nak mula ni, ada yang masih ke tandas lagi tu. Hai, budak-budak ni sempat pula diaorang nak ‘rounding’ ambil angin  semasa pertukaran pengajaran kelas. Bilalah sikap mahu belajar, terbetik di sanubari mereka ni. Tak boleh dengar loceng pertukaran pengajaran kelas langsung. Ada sahaja, aktiviti ‘ibadat’ mereka ni. Hantar buku dan barang guru, cari guru, bawa teman sakit berjumpa dengan guru bertugas, nak beli buku sebab buku dah habis, pensel dan buku lupa di rumah dan macam-macam lagi sebab-musabab yang tidak terkiranya.
Suara dah mula naik ke ‘volume’ yang tertinggi. Yalah nak tarik minat belajar tu, bukannya senang mak oii…. Bila semua murid dah dipastikan tidak berkeliaran di sana sini. Tamat sudah sesi ‘ziarah-menziarahi’ ke meja kawan-kawan, barulah dapat nak mula mengajar.
Wah! Bila sahaja dikeluarkan ‘laptop’, belum apa-apa lagi. Banyak pula soal dan komentar yang diajukan.
Murid :”Cikgu punya ke? “
Murid : “Berapa cikgu beli, bapa saya ada juga cikgu.”
Murid : “Berat tak cikgu?”
Murid :  “Saya pernah guna main ‘games’ cikgu.”
Murid : “Pandai saya gunakannya cikgu.”
Murid : “Boleh saya tengok, cikgu?”
Murid : “Jangan tengok dekat-dekat, saya pun nak tengok.”
Murid : “Cantiknya ‘laptop’ cikgu.
Cikgu : (Dalam hati) Alahai, macam ‘traffic jam’ celoteh murid-murid ni.
Cikgu : “Baiklah,murid-murid hari ini kita akan belajar tentang
             ‘Teknologi maklumat Dan Komunikasi.”
Cikgu : (Dalam hati)  Kena mula ni, bila nak sampai objektif pengajaran
             kalau tak cepat-cepat kita alihkan soalan yang bertubi-tubi tu.
Murid :  “Apa tu cikgu?”
Murid : “Tak faham kami cikgu?”

Kelihatan mereka dah nak mula nak tahu apa nak dipelajari  hari ini.

Cikgu : “Semua pernah lihat komputer riba?”
Murid : “Laptop kah cikgu, kalau macam ini dekat rumah saya besar sikit
           cikgu.”
Murid : “Saya atas meja bapa saya,cikgu.”
Cikgu : “Apakah perbezaan kedua-duanya?”
Murid :  “Yang ini senang dibawa cikgu. Yang kat rumah saya beratnya,
              tak larat saya   angkat cikgu!”
Cikgu : “Apakah kegunaannya?”
Murid : “‘Best’ cikgu, saya pandai main ‘games’.kalah adik saya.”
Murid : “Saya pernah guna internet, cikgu. Kakak saya pandai taip surat
            guna ‘laptop’ cikgu.”
Cikgu : “Jadi apakah yang awak faham tentang Teknologi Maklumat
             Dan Komunikasi?”
Murid : “Tak tau cikgu, apa dia tu cikgu?”
Cikgu :  “Baiklah cuba kamu fikir dulu kamu tulis surat guna apa?”
Murid :  “Biasa je cikgu, kertas, pen….surat haa…”
Cikgu :  “Ok , sekarang guna apa pula?”
Murid :  “Yalah, cikgu…komputer taip je….saya tengok kakak buatlah. “
Cikgu : “ Lepas tu,macam mana nak kirim dahulu?”
Murid :  “Pos cikgu, masuk dalam surat letak setem, emak pernah bawa
             saya ke pejabat pos.
Cikgu : “Sekarang? “
Murid :  “Haa…. Macam mana ya, cikgu.”
Cikgu :  “Baiklah sekarang, dengan kemajuan IT semuanya jadi mudah.  
             Kalau nak tahu,  dengar baik-baik ye. Sekarang orang gunakan
             komputer atau laptop taip surat, kirim   pakai internet.
Murid :  “Ya ka cikgu…..
Cikgu :  “Betul, semuanya mudah, jimat dan pantas.”
Murid :  “Ooooo….apa lagi cikgu.
Cikgu : “ Sabar, nanti saya terangkan lagi pada pengajaran akan datang.
            Yang penting saya mahu kita belajar tentang tanda baca,ok?
Murid :  “Boleh cikgu.”
Wow…belum lagi masuk episod pengajaran ini. Boleh kah ia dijalankan ? Insyaalah boleh, sepanjang pengajaran murid member kerjasama yang amat baik. Walaupun ada juga yang masih kurang  memahami konteks penggunaan tanda baca, sikap mereka yang positif tidak memberikan kesan hambar pada sesi pengajaran yang dilakukan. Penggunaankemahiran yang bersesuaian menjadikan murid mudah menerima pengajaran. Menggunakan contoh ayat tunggal yang mudah dan seterusnya memberi peluang murid mencuba ayat sendiri, meningkatkan rasa keyakinan untuk terus belajar.Penggunaan perkataan dalam ayat menggunakan tanda baca boleh difahami walaupun pada awal pengajaran , murid tidak begitu mahir.Mereka kurang faham tentang terlibatnya fungsi  nama  - orang, nama jenama,dan tempat bagi penggunaan tanda bacaan yang betul. Langkah latihan lebih kepada penyalinan ayat yang mudah kepada tulisan cantik untuk menambah kemahiran pemahaman dan penulisannya.
Murid :  “Cikgu, saya tak pandai tulis cikgu?”
Murid :  “Betul macam ini cikgu?”
Cikgu : “Murid-murid ikut sahaja tulisan yang cikgu sediakan dalam
            Lembaran kerja  ini. Cuba dulu….. “
Murid :  “Ok , dapat cikgu.”
 Cikgu :  “Ya, betul tu. Tak apalah asalkan kamu cuba buat. “
Murid :  “Saya dah siap cikgu….”
Murid :  “Saya belum cikgu.
 Sebelum pengajaran berakhir.
Cikgu :  “Murid-murid semua faham akan tanda baca yang dipelajari hari
            ini. “
Murid :  “Ya, cikgu…Bolehlah sikit-sikit.”
Murid :  “Boleh, cikgu.”
Cikgu :  “Baiklah lain kali , kita akan belajar lagi supaya semua faham, boleh. Boleh?”
Murid :  “Boleh cikgu.”

Selepas Pengajaran

Murid-murid kelihatan gembira kerana dapat mempelajari tentang ‘laptop’ dan diberi peluang melihat paparan yang ditunjukkan melaluinya. Mereka meminta supaya membawanya, lain kali. Yalah, saya sempat memainkan sedikit lagu melaluinya. “Best nya…”,kata mereka. Sekurang-kurangnya pengajaran saya tercapai objektifnya. Pengajaran yang berkesan ialah bila mana murid seronok dengan apa yang diajar dan dapat belajar dari apa yang diajar. Untuk memupuk minat mereka ini, perlukan kesabaran dan pemahaman tentang kemahiran yang hendak digunakan.Kemesraan harus diwujudkanantara murid dan guru, pemfokusan tentang disiplin murid juga perlu dititik beratkan secara wajar.
Murid :  “Cikgu, nak ke kelas mana?”
Murid :  “Saya tolong cikgu angkat barang ya?”
Murid :  “Saya cikgu, saya cikgu.”
Cikgu : (Dalam hati) Pulak dah…suka betul nak tolong cikgu…..
Cikgu :  “Kalau boleh bawa la…cikgu sekali …”
Murid-murid :  “Ha.. ha… haa.”
Murid-murid :  ““Salam,  cikgu! salam, cikgu!”




Rabu, 7 Disember 2011

BBM (2) / Lembaran Kerja

bbm 2 -Lembaran Kerja

BBM - Saudara-mara Huda

Saudara-mara Huda

RPH BM Tahun 1 (KSSR)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                        : Bahasa Malaysia
Kelas                                       : Tahun 1 Balsam
Tarikh                                      : 14 Oktober 2011
Masa                                       : 01.00-02.00 Tengahari (Masa : 60 Minit)
Bidang            Pelajaran/          : Keluarga
Tajuk                                       : Saudara-Mara Huda
FOKUS UTAMA :
STANDARD KANDUNGAN :
1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa,iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
FOKUS SAMPINGAN :
STANDARD KANDUNGAN :
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
 OBJEKTIF : (Pd akhir p/p  murid-murid dapat )
1.  Memahami dan menyebut perkataan  yang mengandungi suku kata terbuka.
2.  Memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,digraph dan konsonan bergabung.

Hasil Pembelajaran                  : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid-murid dapat:
A:        Menguasai isi kandungan pelajaran
* Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa,iaitu abjad, suku kata,
   perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
* Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber
   dengan sebutan yang betul.
B:        Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
·         Mengelaskan perkataan mengikut maksudnya
·         Berkomunikasi
·         Mengguna dan mengendalikan bahan dengan betul
·         Membandingkan dan  Membezakan

C:        Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

  • Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam keluarga.
  • Mensyukuri nikmat dan hubungan kekeluargaan yang dikurniakan Tuhan.

Konsep/prinsip/hukum/teori:  
            Mempelajari tentang suku kata terbuka dan tertutup
a.       Mengaplikasi pengetahuan tentang  perkataan
b.      Mengenalpasti perkataan berdasarkan  gambar.
c.       Mengenalpasti  ayat mudah berdasarkan gambar.

Bahan,peralatan,sumber:
Bahan maujud, lampiran, lembaran kerja, Slaid powerpoint

Langkah berjaga-jaga:
Sentiasa memastikan setiap bahan dan aktiviti dijalankan di bawah  pengawasan yang menjamin keselamatan  proses pengajaran &  pembelajaran.

Pengetahuan sedia ada:
 Murid mempunyai;
  • Pengetahuan tentang keluarga terdekat
  • Pengetahuan tentang  gelaran saudara-mara
  • Pemahaman Bahasa Malaysia

           

Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran
Catatan
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/
Mencungkil idea
(10 Minit)
Pengetahuan tentang keluarga -Saudara-mara yang dikenali.



(1)Guru bertanya kepada  murid

- Contoh soalan: 
Siapakah saudara-mara yang kamu tahu?

(2)Guru membimbing murid membaca perkataan dengan betul
- Nyatakan gelaran yang saya lekatkan pada papan tulis ini ?

- Murid menjawab soalan
Cth :datuk,nenek,pak cik,mak cik,sepupu





Jawapan murid :
Cth Jawapan murid:
Datuk, nenek, pak cik,mak cik,sepupu


Strategi /teknik:Penyoalan seluruh kelas
KBBT: Meramal,berfikir

Sumber pengajaran:
Kad perkataan,carta,kad gambar

Penstukturan idea/semula
(20 minit)
Perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang berkaitan dengan tajuk.
Tajuk : Saudara-mara Huda.
Guru mengajukan persoalan;
- Contoh soalan:
Berdasarkan pemerhatian kamu,  nyatakan keluarga yang dilihat.
Perkaitan hubungan.

- Guru menyoal murid:

Yang manakah perkataan suku kata terbuka dan tertutup?


- Guru mempamerkan slaid powerpoint dan membimbing murid meneka,menyebut dan mengeja perkataan.
-Murid melihat gambar dan menyebut apa yang dilihat.

Jawapan murid :
Cth:
Nenek, datuk,pakcik,mak cik,sepupu

Menyatakan warna objek.
Jawapan murid:
Cth :
Suku kata terbuka –
Sepupu

Suku  kata tertutup-
Datuk ,nenek,mak cik,pak cik




-          Murid menyebut dan mengeja.

Strategi/Teknik:
Pemerhatian


Sumber pengajaran:
Slaid Powerpoint (Lampiran 1).



Sikap saintifik dan nilai murni:
Minat dan bersifat ingin tahu tentang saudara-mara dan perkataan.







Aplikasi Idea
(20 Minit)

Membina ayat mudah berdasarkan gambar.
-  Murid dan guru bersoaljawab tentang gambar.







-          Guru mengedarkan lembaran kerja dan membimbing
murid.
-  Murid menyatakan ayat mudah berdasarkan pengetahuan yang ada perkaitan dengan gambar.
Jawapan murid :
(1)Datuk sedang membaca buku cerita untuk kami.
(2)Saya dan sepupu saya sedang melihat album keluarga.

-          Murid menjawab lembaran kerja

Contoh latihan:
(1)Berdasarkan gambar ,susun huruf dan tulis.

(2)Membuat ayat mudah .
Strategi/Teknik :
KBBT -
Mengelas,
Soal jawab dan perbincangan.








Sumber pengajaran:
Lembaran kerja

Sikap saintifik dan nilai murni:
Mensyukuri nikmat dan hubungan kekeluargaan yang dikurniakan Tuhan.

Refleksi/Penutup
(10 Minit)

Kepentingan warna dalam  Kehidupan

Pemerhatian melalui gambar,  TMK, penulisan atau lisan.

-          Guru menyuruh murid menyatakan kepentingan hubungan kekeluargaan.

-          Guru menayangkan slaid powerpoint dan meminta murid menyatakan  keadaan dalam gambar dan menyatakan semula perkataan / gelaran yang dipelajari.
 -  Murid menyatakan kepentingan keluarga dalam kehidupan.
Contoh: Berkongsi kasih -sayang.


-  Murid menyatakan perkataan dengan betul mengikut panduan guru.

Strategi:
Penyoalan seluruh kelas
KBBT:Membuat kesimpulan


Sumber pengajaran:
Lampiran 1,Slaid pp