Cabaran seorang "Guru"

Cerita seorang yang bergelar “Guru”
Gasakan tugas-tugas guru pada hujung tahun 2011 ini amatlah mencabar.Sibuk dengan Peperiksaan Semester 2/ 2011, membuat penyemakan Kertas Soalan,membuat pemarkahan ,mengisi markah mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Tiga secara “on-line” menggunakn Sistem Aplikasi SAPBS dan membuat analisis pemarkahan kelas di dalam Sistem Aplikasi SAPR bagi murid Tahun Satu.
Ujian Lisan dan Bacaan Semester 2 / 2011 (Mata Pelajaran Bahasa Malaysia) pula harus dilakukan untuk murid Tahun Satu dan Tiga, datang pula Ujian Saringan 3 – Tahun Satu dan Dua (LINUS) berbentuk lisan dan bacaan serta tulisan menambahkan beban kerja yang sedia ada. Penekanan tentang “Evidence” KSSR murid yang harus dilaksanakan memeningkan kepala guru yang telah sedia serabut.
Murid pula selepas PKSR Semester 2 / 2011 ada yang bercuti sendiri. Terpaksa disampaikan pesan melalui rakan serta ditehubungi menggunakan telefon supaya kembali ke sekolah untuk menduduki ujian atau latihan “Evidence” KSSR mengikut item band- bagi menguji tahap kemahiran murid.
Tidak selesai satu,menjengah pula arahan daripada pihak sekolah.Pengumpulan buku teks bagi murid Tahun 1 hingga 6.Alamak! Bila nak siap semua tugasan. Sabar, itulah jawapan yang dapat diberikan dengan kerja yang melambak untuk seorang guru.Belum habis lagi, berkunjung pula pihak audit menyemak Buku Kedatangan murid, alahai kemas kini lagi jawabnya.Hujung tahun ini, ramai guru yang tidak sihat; demam, pening kepala, sakit sendi, selsema, batuk dan entah apa-apa lagi agaknya.Kebarangkalian gara-gara tugasan yang tidak habis-habis bertamu bertimpa-timpa atau sememangnya iklim pada tahun ini yang tidak menentu tidak tahu bila datangnya hujan atau panasnya, sentiasa bertukar-tukar silih berganti hari.
Alahai! belum lagi bermulanya tahun 2012, telah ada pula Program yang perlu dirancangkan untuk tahun  hadapan.”Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 begitulah bunyinya”.Nak kemaskini buku programnya lagi,setiausahanya pula entah apa yang dibuat,cuti barangkali, tahu ke tidak bahagian yang harus dibuatnya dan sebagai bendahari;kena buat perangkaan belanjawan program, diberi tanggungjawab membeli tag nama,tali tag nama – murid Tahun 1 / 2012 dan plastisin serta menguruskan perihal fail murid tersebut akan diselesaikan sebelum persekolahan tahun hadapan dimulakan.Nak diceritakan, banyaklah perkara yang bersarang di minda ini.tapi tidak mengapa hidup tidak akan bermakna dan menjadi indah sekiranya tiada perkara atau cabaran-cabaran yang menguji setiap insan yang perlukan kematangan di dalam mengharungi perjalanan masing-masing.Kalau hidup tanpa agenda; lagilah bosan, asyik-asyik begitu sahaja tanpa perubahan dan pembaharuan.
Akhirnya, berkat kesabaran untuk menjalankan amanah membuat Tugasan Mikro dan Makro Pengajaran – KPF 3026  Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 2 (UPSI) Semester 2 – 2011  /2012. Maka tersedialah sebuah perancangan mengajar yang terdiri daripada RPH,aktiviti pengajaran & pembelajaran serta video pengajaran yang tidak seberapa ini. Jadi apalah salahnya kita berkongsi cerita saya dengan mereka yang sudi meluangkan masa singgah ke  blog saya yang bukan luarbiasanya ini.Ya, bagi memenuhi ruang masa walaupun untuk sebentar cuma atau mungkin ada sesiapa yang mempunyai kisah yang seronok untuk dikongsi bersama.

 
Wajahku  seorang guru – “Senyum mestilah ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.”Betul tak ?