REFLEKSI 3 - BM THN 1 Tajuk : Saudara-mara Huda - Kata Nama Khas



PERKARA

TARIKH : 04 MAC 2011                                       HARI : JUMAAT
BAHASA MALAYSIA
TAHUN 1B

MASA : 0200-0300
(1 JAM/2 WAKTU)





UNIT     : 5
TEMA   :  KELUARGA
TAJUK  :   SAUDARA-MARA HUDA – KATA NAMA KHAS

FOKUS UTAMA :
STANDARD KANDUNGAN :
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN :
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut konteks.

dengan betul dan tulisan yang kemas.
FOKUS SAMPINGAN :
STANDARD KANDUNGAN :
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
STANDARD PEMBELAJARAN :
3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.

OBJEKTIF : (Pd akhir p/p  murid-murid dapat )
1.  Memahami dan menggunakan  5 Kata nama khas yang mudah dengan betul.
2. Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas..
AKTIVITI :
1. Membaca dan memahami ayat yang mengandungi kata nama khas..
2. Mengenal pasti kata nama khas dalam ayat.
3. Menyenaraikan kata nama khas yang lain (orang, tempat dan benda - jenama).
4.Latihan – (I)Menyalin ayat tunggal dalam buku tulis.

EMK: Kreativiti dan Inovatif,TMK
PK :
Nilai : Kasih sayang,Hormat- menghormat ,Bersyukur
Ilmu : Pendidikan Moral,Pendidikan Islam,
KBT:
KB : Menghubungkait/Mencirikan. Mengecam,Membuat gambaran mental,Menjana idea
BCB: Mendengar dengan berkesan / Bacaan Intensif
Konstruktivisme: Meneroka
KP: Verbal-linguistik, Bacaan intensif
BBM : Buku Teks- MS 22 ,Kad Perkataan,Benda Maujud,Kad gambar, ICT
Simpulan Bahasa:
TB : Kata nama Khas – Encik Johan,Puan Hawa,Huda, Hana,Ipoh, Proton Saga.
Kosa Kata :  datang, naik

REFLEKSI : Murid dapat  memberi contoh kata nama khas  yang dipelajari.



Refleksi  Pengajaran

Sebelum Pengajaran
Kata nama khas - satu lagi kemahiran tatabahasa yang menjadi masalah kepada murid. Apatah lagi murid Tahun 1 yang baru sahaja mengenal dunia pembelajaran bahasa. Peruntukan masa 1 jam untuk tajuk ini. Pada latihan yang lepas , ramai murid yang tidak dapat menjawabnya. Nampak gayanya mereka belum lagi faham tentang  pengunaannya. Bagaimanakah saya hendak terangkannya kepada murid-murid yang comel ini?  Cari dalam buku, internet dan tanya pada rakan, semua diusahakan. Persediaan mengajar mesti dirancangkan dahulu, kemudian aktiviti pengajaran dan pembelajaran  kemudian buat BBM yang sesuai. Sasarkan objektif.
Mengikut program Linus, kelas ini dikelaskan ‘Perdana’ tetapi masih ada lagi murid yang belum lancar bacaannya.  Nak buat macammana nanti tu?  Laras kebolehan murid yang mempuyai 30 orang ini tidaklah begitu kritikal masih boleh diasahkan lagi tahap kecerdasannya. Cuma dalam konteks bahasa memang sukar sikit sebab ia berlandaskan konsep dan fungsinya. Kalau tak faham betul-betul dan malas membaca dengan intensif, memang tidak akan ada apa-apa perubahannya. Harus bertindak mengikut tahap pembelajaran mereka yang sedia ada.
Semasa Pengajaran
Pelbagai bahan telah saya sediakan untuk memupuk kefahaman murid-murid yang kerdil ini. Biasalah murid-murid Tahun 1, manja betul. Rasa-rasa jadi  ‘emak’ pula. Bagaimana dengan disiplin ? Memang ada yang nakal tetapi…sabarlah sebab murid-murid ini baru ‘setahun jagung’ , perlukan banyak bimbingan dalam pembentukan sahsiah diri. Ikut keperluanlah kalau nak tegur perangai mereka ni. Budak kecil kalau ditegur , tak pandai berdendam. Hari ini kita marah, tegur mereka. Esok hari senyum lagi, macam tidak ada apa-apa yang berlaku, pemaaf pula tu  cilik-cilik ini.
Bila sahaja saya bertanya kepada anak-anak ini, masing-masing rasa tanda tanya. Apa pula yang cikgu hendak ajar hari ini?  Faham ke tidak? Nampak muka ‘ mata kosong’ kasihannya .
Pada permulaan pelajaran , cikgu menerangkan maksud kata nama khas supaya lebih jelas  dan mudah lagi pemahaman mereka. Menggunakan internet http://www.slideshare.net/suzella/kata-nama-am-kata-nama-khas . Murid tertarik dengan penggunaan internet.
Selepas memahami serba sedikit tentang Kata nama khas, murid diarah membaca  dan memahami ayat yang disediakan. Mereka membaca secara individu dan kelas. Hanya beberapa orang murid yang belum lancar betul, bacaannya.  Setelah  itu pembelajaran mengenal pasti ayat yang mengandungi  Kata nama khas daripada bahan yang disediakan ,membantu serba sedikit kekeliruan mereka. Langkah seterusnya ialah murid diminta menyenaraikan perkataan yang mengandungi Kata Nama Khas dan menulis di papan tulis mengikut pemahaman mereka. Melalui contoh-contoh yang dipelajari, kira-kira 8 daripada 10 perkataan yang  tepat jawapannya. 8 orang murid dapat menjawab dan manakala 2 orang murid tersilap jawapannya. Kemudian murid diuji sekali lagi dengan mengelaskan  Kata Nama Khas mengikut kategorinya iaitu nama – orang, tempat dan benda - jenama. Hasil daripada  aktiviti pembelajaran ini, didapati 10 daripada 10 perkataan dapat dijawab dengan tepat.Gembira betul murid-murid ini bila berjaya menjawab dengan jayanya. Senyum lebar tanda kepuasan.
 Bagi menguatkan lagi pengetahuan dan pemahaman murid-murid kecil ini mereka dikehendakki menyalin semula perkataan yang mengandungi Kata Nama Khas ke dalam buku tulis. Semasa sesi ini dijalankan, perlulah dilihat dan dipantau adakah mereka masih bermasalah dalam memahami  kemahiran tatabahasa dan penulisannya. Mengikut pengalaman saya selama 17 tahun menjadi guru, murid yang menghadapi masalah kemahiran ini terdiri daripada tahun 1 hingga  6. Jika tidak diambil serius, murid-murid akan mengalami masalah dalam penulisan ayat tentang penggunaannya. Jika ingin memahaminya mereka perlu rajin membaca, itulah ‘kunci ilmu’ yang paling berkesan dan membuat latihan latih tubi bagi menajamkan lagi pemahaman mereka.
Selepas Pengajaran
Apabila  selesai  sesi pengajaran dijalankan, saya dapati  segala perancangan yang dilakukan dapat memberikan ‘ buah hasil’ yang memuaskan. Pelaksanaan dilaksanakan tanpa banyak masalah disiplin. Aktiviti dijalankan dengan teratur dan lancar.  Pengajaran susulan akan saya rancangkan bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran berkenaan kemahiran ini bagi membantu beberapa orang murid yang belum dapat memahaminya  secara menyeluruh. Bagi membantu mereka saya meletakkan carta berkenaan kata nama khas pada sudut bahan bantu mengajar di dalam kelas Tahun 1 Balsam supaya memudahkan mereka membaca  dengan lebih kerap lagi. Harapan saya, mereka dapat menambahkan pemahaman  selepas ini. Sebelum saya keluar kelas, kelihatan tidak sabar-sabar murid-murid ini membaca dan menatapnya dengan penuh minat.  “Baguslah begitu.” ,bisik saya dalam hati.