PERKARA | TARIKH : 20 SEPTEMBER 2011 HARI : SELASA |
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1B MASA :0100-0200 ( 1 JAM /2 WAKTU) | UNIT : 14 TEMA : 3. HIDUP SELAMAT TAJUK : SAYA SELAMAT DI SINI –Mari Tulis dan Baca. FOKUS UTAMA : STANDARD KANDUNGAN: 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. STANDARD PEMBELAJARAN : 3.3.3 Membina dan menulis frasa dengan betul. FOKUS SAMPINGAN : STANDARD KANDUNGAN : 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. STANDARD PEMBELAJARAN : 2.3.2 Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. OBJEKTIF : (Pd akhir p/p murid-murid dapat) 1. Membina dan menulis frasa dengan betul. 2. Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. AKTIVITI : 1. Guru membimbing murid membina frasa kerja berdasarkan gambar untuk melengkapkan ayat. 2. Murid membaca ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. 3. Murid membina frasa kerja yang lain dan menulisnya dalam buku tulis. 4. Latihan – (1)Baca dan tulis .(BA– MS 68) Melengkapkan ayat berdasarkan gambar yang diberikan. EMK: Keusahawanan, kreativiti & inovasi PK : Nilai : Berjimat-cermat, berdisiplin, kebersihan Ilmu : PJK, P.Moral,Sains KBT : KB : Menjana idea, mengecam, kontekstual-menghubungkaitkan BCB-mendengar dengan -bacaan intensif KP : Verbal linguistik Media : Buku teks, BLA,Internet, gambar kad perkataan, lembaran kerja SB : Tatabahasa : Ayat- tunggal, majmuk dan Kata hubung Kosa kata : berhati-hati, tertib, bahaya, kerana, menegur BBM: BT – MS 61,BA - 69 REFLEKSI : Murid dapat melengkapkan 3 daripada 6 ayat berdasarkan gambar. |
Refleksi Pengajaran
Sebelum Pengajaran
Pengajaran kali ini menekankan penggunaan frasa yang betul. Pembelajaran ayat tunggal dan ayat majmuk diterapkan. Persediaan diteruskan dengan mencari maklumat tentang maksud ayat-ayat ini dan kata hubung. Pelbagai cara yang digunakan untuk mencari maklumatnya termasuklah buku kerja, buku teks dan internet. Setelah berusaha, dapatlah saya satu maklumat daripada link http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm dan http://www.slideshare.net/mat.yuih/ayat-majmuk-1381092.
Zaman ini serba canggih dan mudah untuk mencari maklumat asalkan ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ inilah pepatah yang mengesyorkan kita supaya terus berusaha tanpa berputu asa kerana setiap perkara mesti ada penyelesaiannya. Ibarat ‘ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ maksudnya kalau tidak berusaha bersungguh-sungguh, kita tidak akan mendapatkan hasil yang dikehendakki.
Berlandaskan pengetahuan yang telah didapati sebelum dan semasa menjadi guru, beberapa teknik serta kemahiran yang digunakan seperti keterangan,penyoalan, pembacaan - murid dan latihan diterapkan bagi melaksanakan pengajaran yang bertajuk “ Mari selamat” .
Semasa Pengajaran
Murid-murid diterangkan tentang maksud frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk. Penekanan kata hubung di dalam pembentukan ayat majmuk juga diberi. Contoh-contoh ayat disediakan bagi membantu menambah kemahiran bahasa murid. Kemudian diberi penekanan lagi dengan aktiviti membuat ayat sendiri.
Murid-murid pada mulanya sedikit keliru penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk. Setelah diterangkan, mereka mula memahami serba sedikit tentang ayat-ayat ini. Penggunaan kata hubung yang meggabungkan 2 ayat menjadi 1 ayat yang membentuk ayat majmuk diberi penekanan yang serius bagi menajamkanlagi pemahaman mereka.
Pembacaan secara individu dan kelas diteruskan bagi mengukuhkan kemahiran yang diperolehi. Murid-murid menunjukkan kerjasama yang positif di dalam sesi pengajaran –pembelajaran kali ini.
Menulis ayat berdasarkan gambar merupakan langkah aktiviti penulisan dalam bentuk latihan. Pemastian bahawa murid memahami kemahiran yang diajar adalah perlu bagi menjejaki sama ada objektif tercapai atau pun tidak melalui aktiviti menulis.
Selepas pengajaran
Penilaian yang dilakukan berdasarkan latihan yang telah dibuat oleh murid menunjukkan kemajuan terhadap pemahaman mereka tentang kemahiran tatabahasa yang dipelajari. Pengukuhan dan penambahbaikan akan terus dibuat bagi mengekalkan tahap kemahiran yang diperolehi. Setiap latihan disemak dan kemudiannya dikembalikan kepada murid untuk pemerhatian kendiri mereka. Langkah ini akan dapat memberikan aspirasi kepada mereka supaya sentiasa mengetahui perkembangan bahasa masing-masing.