SEBELUM MIKRO PENGAJARAN
Saya dengan muka yang tebal,meminta rakan merakamkan pengajaran yang akan dilakukan.Dalam hati, saya berdoa agar ia dapat dilaksanakan dengan lancar. Setelah berbincang; kami sepakat menggunakan telefon bimbit “Blueberry- Exphoria Pro” milik saya sendiri untuk merakamkan video pengajaran.Rakaman itu diadakan pada hari Isnin (14 Nov 2011) di Makmal Bahasa SK Semenggok. Kelas kami tidak dapat digunakan kerana sudah dekat hujung tahun ini – langsir dan alatan Bahan Bantu Mengajar telah dikemaskan. Lagi pun, kelas itu tidak diperlengkapkan dengan peralatan ICT.
Alhamdulillah, seramai 30 orang murid anak didik saya datang pada hari ini.Betapa seronoknya mereka kerana berpeluang diambil rakaman.Tajuk Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 pilihan saya ialah Keluarga – Saudara Mara Huda.
REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN
1.1 Kekuatan
Hasil daripada Mikro Pengajaran – Set Induksi / Langkah Mencungkil Idea, apa yang saya dapat perhatikan bahawa penggunaan ketegasan dan kelantangan suara adalah memuaskan dan difahami olem murid. Dengan kelantangan suara itu, saya dapat menyampaikan mata pelajaran dengan mudah.Murid memberikan tumpuan dan fokus terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Minat terpancar di wajah mereka.Kejelasan arahan yang juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Penerangan tentang Tema : Keluarga, Tajuk : Saudara - Mara Huda dan penegasannya menambah kefahaman murid secara langsung.Kemudian diikuti dengan BBM – Kad gambar, Kad perkataan, pemahaman murid bertambah jelas.Arahan yang saya berikan jelas,murid dipandu dengan arahan dan panduan yang diberikan. Diiikuti tindakan susulan mengeja perkataan, menambahkan perbendaharaan kata murid secara berganda. Komunikasi dua hala antara guru dan murid dapat dirasai.
1.2 Kelemahan
Apa yang saya dapat kesani ialah; terdapat kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan Mikro Pengajaran ini. Ketepatan masa sedikit tersasar.Sepatutnya Set Induksi yang dijalankan mengambil masa 10 minit tetapi selesai selepas 6 minit 54 saat. Kemungkinan perasaan resah saya mengganggu penyampaian sehingga menjadi lebih cepat.
Berdasarkan perbandingan rakaman dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seperti yang dijangkakan. Penekanan kawalan disiplin mempengaruhi supaya pengajaran & pembelajaran tidak meleret dan murid tidak merasa bosan.
1.3 Langkah Mengatasi
Setiap sesuatu ada kelemahan dan kekurangannya,perlu penambahbaikan pada Set Induksi – Mikro Pengajaran ini, saya dapati Layar skrin LCD mengganggu sementara fokus p&p murid.Seharusnya saya boleh berikhtiar dengan tidak menggunakannya dahulu; tetapi kerana pada ketika itu alat kawalan LCD tidak dapat dijumpai. Maka ia terpasang begitu sahaja kerana dikhuatiri kesukaran untuk menggunakannya pada langkah yang seterusnya.Penggunaan papan latar atau papan pernyataan bagi melekatkan BBM – kad gambar dan perkataan hendaklah diketengahkan.Bahagian soaljawab bersama murid; di mana terdapat murid yang menyatakan nama “Mak Jah” (Siapakah Mak Jah?) Saya terlupa untuk menjawab sebagai penegasan, adakah dia seorang ahli keluarga atau terdiri daripada saudara mara.
Penekanan tentang ketepatan penggunaan masa semasa menyampaikan langkah pengajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Saya perlu menepati masa yang ditetapakan dalam keadaan bertenang. Saya juga seharusnya berjalan ke setiap sudut tempat duduk murid bagi memantau dan mengawal setiap aktiviti yang murid lakukan . Sekiranya ini dilakukan, perjalanan tingkah laku murid atau ketidak fahaman murid dapat dikawal.Walaubagaimana pun interaksi dan komunikasi guru-murid.tidak begitu terjejas.
REFLEKSI RAKAN
Pada sesi ini, rakan saya berpendapat bahawa; penggunaan Layar skrin hendaklah dikemudiankan. Fokus murid terganggu sedikit, almaklumlah mungkin akan tertanya-tanya apakah kegunaan layar skrin tersebut. Memandangkan timbul isu alat kawalan jauh tidak dijumpai,beliau tutut memahami kesulitan yang timbul. Beliau juga berpendapat pada ketika itu papan tulis hendaklah menjadi BBM fokus utama. Penggunaan “Smart board” juga boleh diketengahkan. Secara umumnya, beliau tidak kecewa kerana isi pelajaran tetap dapat dijalankan dengan baik dan boleh diikuti secara selesa oleh murid.
Saya berterima kasih di atas pendapat dan komen beliau yang ikhlas. Kerjasama yang diberikan oleh beliau sangat saya hargai. Saya akan berusaha pada masa yang akan datang dan menambah kepekaan saya terhadap sebarang situasi yang mungkin timbul semasa sesi pengajaran yang dilaksanakan.