REFLEKSI 2 - BM THN 1


PERKARA

TARIKH : 02   MAC 2011                             HARI : RABU

BAHASA MALAYSIA
TAHUN 3 D

MASA : 0200-0300
( 1  JAM/ 2 WAKTU)






UNIT     : 3
TEMA   :  MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH SAYA
TAJUK  :   B.  TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

FOKUS UTAMA :
 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras
2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

FOKUS  SAMPINGAN :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras
1 (i) Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik.

OBJEKTIF : (Pd akhir p/p  murid-murid dapat )
1.   Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda
      baca.  (Aras 2(i) )
2.   Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik. (Aras 1 (i) )

AKTIVITI :
1. Membaca teks bacaan berdasarkan penekanan tanda baca.
2. Menyampaikan maklumat berkenaan bahan yang dibaca
3. Membina ayat mudah berdasarkan ayat  tunggal.
4. Latihan –  (1) Membina ayat berdasarkan gambar-gambar dengan tulisan cantik.(BLA – MS 30)
 
SISTEM BAHASA :
Tatabahasa
− Ayat tunggal

Kosa Kata
monitor,papan kekunci,tetikus,mesin pencetak

Pengisian kurikulum
KBT
− Kemahiran Berfikir (Mengitlak)

Ilmu
− Sains, Teknologi
Nilai
− Bersyukur
    
BBM : BLA - MS 30, lembaran kerja,kad gambar, komputer riba

REFLEKSI : Murid dapat  memahami beberapa ayat tunggal dan tanda baca yang dipelajari.



Refleksi Unit Pengajaran dan Pembelajaran
Sebelum Pengajaran
Tajuk ini memerlukan pengetahuan tentang peralatan teknologi maklumat dan komunikasi. Bagaimanakah hendak menarik minat murid kelas ini? Kelas ini mengandungi 33 orang murid dan diketahui bahawa mereka ini merupakan murid yang lemah dalam pelajaran. Adalah menjadi sesuatu yang mencabar bagi setiap guru untuk menangani disiplin murid kelas ini.  Kelas ini telah saya ajar semenjak mereka dari Tahun 1 lagi hinggalah tahun 3 sekarang. Kalau tidak sabar, memang tidak larat dengan kerenah disiplin dan personaliti mereka yang pelbagai. Latar belakang yang berbeza di antara satu sama lain dan tahap kecerdasan yang pelbagai tetapi lebih banyak yang lemah daripada ‘bijaknya’.  Jika kelas hendak bermula pastinya memakan 5 atau 15 minit untuk mengambil alih perhatian mereka daripada perangai yang tak habis-habis menguji kesabaran guru. Masuk sahaja kelas ada-ada sahaja laporan mereka berkenaan kerenah murid sekelas. Dah macam balai polis pula macam-macam kes yang diajukan.
Tak boleh jadi ni, bila nak mula belajar? Sebagai pendidik, saya dah terbiasa dengan perangai mereka ini, demi menjalankan tanggungjawab semuanya harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Psikologi harus banyak dimainkan bagi mengatasi kemalasan mereka untuk belajar. Tahukah mereka tentang erti kata kepentingan belajar? Kasihan betul saya bila memikirkan mereka, tahun hadapan akan naik tahun 4 pada sesi pagi. Kalau dapat guru yang prihatin, tidaklah mengapa. Tapi kalau dapat guru yang ‘esalehe’- maksudnya selamba je tu apalah yang akan terjadi pada mereka ini. Harap-harap mereka ni boleh ‘hidup’ lagi kan.
Kalau dah naik Tahun 4 – tahap 2, lagi mencabar pelajarannya. Apa nak jadi anak-anak didik ini. Saya tidak kering mulut berpesan supaya mereka terus rajin membaca. Pembacaan mereka bukan semuanya sudah yang’terbaik’. Dari sudut apa pula, seorang guru dapat memahirkan pengetahuan bacaan mereka ini?
Sudah banyak pula persolan yang timbul di minda saya ini. Baiklaha, mula-mula saya akan sediakan Rancangan persediaan mengajar harian yang bersesuaian dengan kemahiran pembelajaran mereka. Mudah difahami dan diikuti mereka. Kalau menggunakan kemahiran yang sukar, petandanya ‘ bagai cinta yang tak kesampaianlah lagunya’.
Penyediaan bahan bantu mengajar akan memainkan peranan yang penting dalam menangani minat mereka ini. Seharusnya penekanan set induksi sehingga langkah terakhir hendaklah menarik tumpuan mereka walaupun sasaran pengajaraan dan pembelajaran ialah terhadap penguasaan tanda baca dalam ayat. Inilah salah satu kemahiran yang mengelirukan pemahaman murid-murid ‘tersayang’. Yalah nak gunakan huruf besar dan kecil pada perkataan dan sekali gus memahami konteks penggunaannya dalam ayat, bukanlah mudah untuk murid-murid yang perlu dibantu ini. Jangan lupa pula kawalan disiplinnya. Bolehkah? Belum cuba ,belum tahu.

Semasa Pengajaran
Kelas pada mulanya,sememangnya sentiasa hingar-bingar dengan celoteh murid-murid yang nakal ini. Walaupun nakal, mereka ni terlampaulah ‘peramah’nya dengan guru.
Kelas nak mula ni, ada yang masih ke tandas lagi tu. Hai, budak-budak ni sempat pula diaorang nak ‘rounding’ ambil angin  semasa pertukaran pengajaran kelas. Bilalah sikap mahu belajar, terbetik di sanubari mereka ni. Tak boleh dengar loceng pertukaran pengajaran kelas langsung. Ada sahaja, aktiviti ‘ibadat’ mereka ni. Hantar buku dan barang guru, cari guru, bawa teman sakit berjumpa dengan guru bertugas, nak beli buku sebab buku dah habis, pensel dan buku lupa di rumah dan macam-macam lagi sebab-musabab yang tidak terkiranya.
Suara dah mula naik ke ‘volume’ yang tertinggi. Yalah nak tarik minat belajar tu, bukannya senang mak oii…. Bila semua murid dah dipastikan tidak berkeliaran di sana sini. Tamat sudah sesi ‘ziarah-menziarahi’ ke meja kawan-kawan, barulah dapat nak mula mengajar.
Wah! Bila sahaja dikeluarkan ‘laptop’, belum apa-apa lagi. Banyak pula soal dan komentar yang diajukan.
Murid :”Cikgu punya ke? “
Murid : “Berapa cikgu beli, bapa saya ada juga cikgu.”
Murid : “Berat tak cikgu?”
Murid :  “Saya pernah guna main ‘games’ cikgu.”
Murid : “Pandai saya gunakannya cikgu.”
Murid : “Boleh saya tengok, cikgu?”
Murid : “Jangan tengok dekat-dekat, saya pun nak tengok.”
Murid : “Cantiknya ‘laptop’ cikgu.
Cikgu : (Dalam hati) Alahai, macam ‘traffic jam’ celoteh murid-murid ni.
Cikgu : “Baiklah,murid-murid hari ini kita akan belajar tentang
             ‘Teknologi maklumat Dan Komunikasi.”
Cikgu : (Dalam hati)  Kena mula ni, bila nak sampai objektif pengajaran
             kalau tak cepat-cepat kita alihkan soalan yang bertubi-tubi tu.
Murid :  “Apa tu cikgu?”
Murid : “Tak faham kami cikgu?”

Kelihatan mereka dah nak mula nak tahu apa nak dipelajari  hari ini.

Cikgu : “Semua pernah lihat komputer riba?”
Murid : “Laptop kah cikgu, kalau macam ini dekat rumah saya besar sikit
           cikgu.”
Murid : “Saya atas meja bapa saya,cikgu.”
Cikgu : “Apakah perbezaan kedua-duanya?”
Murid :  “Yang ini senang dibawa cikgu. Yang kat rumah saya beratnya,
              tak larat saya   angkat cikgu!”
Cikgu : “Apakah kegunaannya?
Murid : “‘Best’ cikgu, saya pandai main ‘games’.kalah adik saya.”
Murid : “Saya pernah guna internet, cikgu. Kakak saya pandai taip surat
            guna ‘laptop’ cikgu.”
Cikgu : “Jadi apakah yang awak faham tentang Teknologi Maklumat
             Dan Komunikasi?
Murid : “Tak tau cikgu, apa dia tu cikgu?”
Cikgu :  “Baiklah cuba kamu fikir dulu kamu tulis surat guna apa?”
Murid :  “Biasa je cikgu, kertas, pen….surat haa…”
Cikgu :  “Ok , sekarang guna apa pula?”
Murid :  “Yalah, cikgu…komputer taip je….saya tengok kakak buatlah. “
Cikgu : “ Lepas tu,macam mana nak kirim dahulu?”
Murid :  “Pos cikgu, masuk dalam surat letak setem, emak pernah bawa
             saya ke pejabat pos.
Cikgu : “Sekarang? “
Murid :  “Haa…. Macam mana ya, cikgu.”
Cikgu :  “Baiklah sekarang, dengan kemajuan IT semuanya jadi mudah.  
             Kalau nak tahu,  dengar baik-baik ye. Sekarang orang gunakan
             komputer atau laptop taip surat, kirim   pakai internet.
Murid :  “Ya ka cikgu…..
Cikgu :  “Betul, semuanya mudah, jimat dan pantas.”
Murid :  “Ooooo….apa lagi cikgu.
Cikgu : “ Sabar, nanti saya terangkan lagi pada pengajaran akan datang.
            Yang penting saya mahu kita belajar tentang tanda baca,ok?
Murid :  “Boleh cikgu.”
Wow…belum lagi masuk episod pengajaran ini. Boleh kah ia dijalankan ? Insyaalah boleh, sepanjang pengajaran murid member kerjasama yang amat baik. Walaupun ada juga yang masih kurang  memahami konteks penggunaan tanda baca, sikap mereka yang positif tidak memberikan kesan hambar pada sesi pengajaran yang dilakukan. Penggunaankemahiran yang bersesuaian menjadikan murid mudah menerima pengajaran. Menggunakan contoh ayat tunggal yang mudah dan seterusnya memberi peluang murid mencuba ayat sendiri, meningkatkan rasa keyakinan untuk terus belajar.Penggunaan perkataan dalam ayat menggunakan tanda baca boleh difahami walaupun pada awal pengajaran , murid tidak begitu mahir.Mereka kurang faham tentang terlibatnya fungsi  nama  - orang, nama jenama,dan tempat bagi penggunaan tanda bacaan yang betul. Langkah latihan lebih kepada penyalinan ayat yang mudah kepada tulisan cantik untuk menambah kemahiran pemahaman dan penulisannya.
Murid :  “Cikgu, saya tak pandai tulis cikgu?”
Murid :  “Betul macam ini cikgu?”
Cikgu : “Murid-murid ikut sahaja tulisan yang cikgu sediakan dalam
            Lembaran kerja  ini. Cuba dulu….. “
Murid :  “Ok , dapat cikgu.”
 Cikgu :  “Ya, betul tu. Tak apalah asalkan kamu cuba buat. “
Murid :  “Saya dah siap cikgu….”
Murid :  “Saya belum cikgu.
 Sebelum pengajaran berakhir.
Cikgu :  “Murid-murid semua faham akan tanda baca yang dipelajari hari
            ini. “
Murid :  “Ya, cikgu…Bolehlah sikit-sikit.”
Murid :  “Boleh, cikgu.”
Cikgu :  “Baiklah lain kali , kita akan belajar lagi supaya semua faham, boleh. Boleh?”
Murid :  “Boleh cikgu.”

Selepas Pengajaran

Murid-murid kelihatan gembira kerana dapat mempelajari tentang ‘laptop’ dan diberi peluang melihat paparan yang ditunjukkan melaluinya. Mereka meminta supaya membawanya, lain kali. Yalah, saya sempat memainkan sedikit lagu melaluinya. “Best nya…”,kata mereka. Sekurang-kurangnya pengajaran saya tercapai objektifnya. Pengajaran yang berkesan ialah bila mana murid seronok dengan apa yang diajar dan dapat belajar dari apa yang diajar. Untuk memupuk minat mereka ini, perlukan kesabaran dan pemahaman tentang kemahiran yang hendak digunakan.Kemesraan harus diwujudkanantara murid dan guru, pemfokusan tentang disiplin murid juga perlu dititik beratkan secara wajar.
Murid :  “Cikgu, nak ke kelas mana?”
Murid :  “Saya tolong cikgu angkat barang ya?”
Murid :  “Saya cikgu, saya cikgu.”
Cikgu : (Dalam hati) Pulak dah…suka betul nak tolong cikgu…..
Cikgu :  “Kalau boleh bawa la…cikgu sekali …”
Murid-murid :  “Ha.. ha… haa.”
Murid-murid :  ““Salam,  cikgu! salam, cikgu!”