Assalamualaikum dan Salam Citra Perpaduan. Blog ini dibangunkan bagi melengkapkan Tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Ribuan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada En. Norhisham Mohamad Nordin (Pensyarah E- Learning KRT 3013) atas bimbingan, teguran nasihat dan tunjuk ajar dalam memperbaiki kekurangan blog ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi singgah dan menyokong blog ini sebagai'teman setia anda'.
Halaman
- Laman utama
- RPT BM THN 1
- REFLEKSI 3 - BM THN 1 Tajuk : Saudara-mara Huda - ...
- BBM (1) Tajuk :Keluarga - Saudara - mara Huda
- BBM (2) / Lembaran Kerja
- REFLEKSI 2 - BM THN 1
- REFLEKSI 1 - Mikro Pengajaran BM Thn 1 Tajuk : Ke...
- Video (2) Rakaman Makro Pengajaran BM Thn 1 - Sau...
- Video (1) Mikro Pengajaran - BM Thn 1 - saudara ma...
- Dasar MBMMBI Murid tahun Satu Mulai 2011
- Cabaran seorang "Guru"
- REFLEKSI (1) Makro Pengajaran
- REFLEKSI 4 - BM Thn 3
- REFLEKSI 5 - BM Thn 1
Selasa, 1 November 2011
Dasar MBMMBI Murid tahun Satu Mulai 2011
Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu Mulai 2011
Sumber: Kosmo |21 Oktober 2009|
Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahap Satu mulai tahun 2011.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid Tahun Satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama.
“Namun demikian, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran Sains dan Matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Menurut beliau, pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat pula akan bermula pada tahun 2012.
Langkah itu, katanya, adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tags: guru, mansuh ppsmi, murid, Pendidikan, ppsmi, sekolah
Diterbitkan dari Pendidik Web. 02 Nov 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan