RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 1 Balsam
Tarikh : 14 Oktober 2011
Masa : 01.00-02.00 Tengahari (Masa : 60 Minit)
Bidang Pelajaran/ : Keluarga
Tajuk : Saudara-Mara Huda
FOKUS UTAMA :
STANDARD KANDUNGAN :
1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa,iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
FOKUS SAMPINGAN :
STANDARD KANDUNGAN :
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
OBJEKTIF : (Pd akhir p/p murid-murid dapat )
1. Memahami dan menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.
2. Memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,digraph dan konsonan bergabung.
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid-murid dapat:
A: Menguasai isi kandungan pelajaran
* Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa,iaitu abjad, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
* Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber
dengan sebutan yang betul.
B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
· Mengelaskan perkataan mengikut maksudnya
· Berkomunikasi
· Mengguna dan mengendalikan bahan dengan betul
· Membandingkan dan Membezakan
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
- Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam keluarga.
- Mensyukuri nikmat dan hubungan kekeluargaan yang dikurniakan Tuhan.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Mempelajari tentang suku kata terbuka dan tertutup
a. Mengaplikasi pengetahuan tentang perkataan
b. Mengenalpasti perkataan berdasarkan gambar.
c. Mengenalpasti ayat mudah berdasarkan gambar.
Bahan,peralatan,sumber:
Bahan maujud, lampiran, lembaran kerja, Slaid powerpoint
Langkah berjaga-jaga:
Sentiasa memastikan setiap bahan dan aktiviti dijalankan di bawah pengawasan yang menjamin keselamatan proses pengajaran & pembelajaran.
Pengetahuan sedia ada:
Murid mempunyai;
- Pengetahuan tentang keluarga terdekat
- Pengetahuan tentang gelaran saudara-mara
- Pemahaman Bahasa Malaysia
Aktiviti Pengajaran | Dan Pembelajaran | Catatan | ||
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |
Permulaan/ Mencungkil idea (10 Minit) | Pengetahuan tentang keluarga -Saudara-mara yang dikenali. | (1)Guru bertanya kepada murid - Contoh soalan: Siapakah saudara-mara yang kamu tahu? (2)Guru membimbing murid membaca perkataan dengan betul - Nyatakan gelaran yang saya lekatkan pada papan tulis ini ? | - Murid menjawab soalan Cth :datuk,nenek,pak cik,mak cik,sepupu Jawapan murid : Cth Jawapan murid: Datuk, nenek, pak cik,mak cik,sepupu | Strategi /teknik:Penyoalan seluruh kelas KBBT: Meramal,berfikir Sumber pengajaran: Kad perkataan,carta,kad gambar |
Penstukturan idea/semula (20 minit) | Perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang berkaitan dengan tajuk. Tajuk : Saudara-mara Huda. | Guru mengajukan persoalan; - Contoh soalan: Berdasarkan pemerhatian kamu, nyatakan keluarga yang dilihat. Perkaitan hubungan. - Guru menyoal murid: Yang manakah perkataan suku kata terbuka dan tertutup? - Guru mempamerkan slaid powerpoint dan membimbing murid meneka,menyebut dan mengeja perkataan. | -Murid melihat gambar dan menyebut apa yang dilihat. Jawapan murid : Cth: Nenek, datuk,pakcik,mak cik,sepupu Menyatakan warna objek. Jawapan murid: Cth : Suku kata terbuka – Sepupu Suku kata tertutup- Datuk ,nenek,mak cik,pak cik - Murid menyebut dan mengeja. | Strategi/Teknik: Pemerhatian Sumber pengajaran: Slaid Powerpoint (Lampiran 1). Sikap saintifik dan nilai murni: Minat dan bersifat ingin tahu tentang saudara-mara dan perkataan. |
Aplikasi Idea (20 Minit) | Membina ayat mudah berdasarkan gambar. | - Murid dan guru bersoaljawab tentang gambar. - Guru mengedarkan lembaran kerja dan membimbing murid. | - Murid menyatakan ayat mudah berdasarkan pengetahuan yang ada perkaitan dengan gambar. Jawapan murid : (1)Datuk sedang membaca buku cerita untuk kami. (2)Saya dan sepupu saya sedang melihat album keluarga. - Murid menjawab lembaran kerja Contoh latihan: (1)Berdasarkan gambar ,susun huruf dan tulis. (2)Membuat ayat mudah . | Strategi/Teknik : KBBT - Mengelas, Soal jawab dan perbincangan. Sumber pengajaran: Lembaran kerja Sikap saintifik dan nilai murni: Mensyukuri nikmat dan hubungan kekeluargaan yang dikurniakan Tuhan. |
Refleksi/Penutup (10 Minit) | Kepentingan warna dalam Kehidupan Pemerhatian melalui gambar, TMK, penulisan atau lisan. | - Guru menyuruh murid menyatakan kepentingan hubungan kekeluargaan. - Guru menayangkan slaid powerpoint dan meminta murid menyatakan keadaan dalam gambar dan menyatakan semula perkataan / gelaran yang dipelajari. | - Murid menyatakan kepentingan keluarga dalam kehidupan. Contoh: Berkongsi kasih -sayang. - Murid menyatakan perkataan dengan betul mengikut panduan guru. | Strategi: Penyoalan seluruh kelas KBBT:Membuat kesimpulan Sumber pengajaran: Lampiran 1,Slaid pp |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan